
Selepas Isnin Adalah Selasa
Posted by Khalid -
January 5th, 2010
Semalam yang kita tinggalkan sebenarnya sama seperti tahun 2009 yang kita tinggalkan. Oleh kerana banyaknya hari, minggu dan bulan yang kita tinggalkan maka terasa 2009 yang kita tinggalkan mesti diraikan, sedangkan semalam Isnin itu sama saja sudah ditinggalkan. Ia adalah MASA. Demi masa sesungguhnya manusia itu didalam kerudian kecuali orang yang beramal soleh dan sering menyampaikan pesan dengan kebenaran dan kesabaran.
Maka yang perlu diperhatikan sama ada kita untung atau rugi. Masa tetap saja berlalu, yang pergi akan berganti dan yang datang akan menyusul pergi; begitulah masa menyapa kita. Tak terasa.